DUNIA
  
            Sembilan maut dalam insiden letupan di kilang di India
Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah kilang bahan letupan di negeri Maharashtra, India pada Ahad. - Gambar fail
            
      NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden letupan membabitkan sebuah kilang bahan letupan di negeri Maharashtra, India pada Ahad.
Kejadian berlaku pada 9 pagi waktu tempatan di sebuah unit Solar Industries India Ltd yang terletak di kawasan Bazargaon, kira-kira 60 kilometer (km) dari bandar Nagpur, lapor media tempatan.
Syarikat berkenaan menghasilkan bahan letupan untuk kegunaan industri dan senjata bagi tentera.
Timbalan Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis, berkata kerajaan negeri akan menyalurkan pampasan sebanyak 500,000 rupee (kira-kira RM28,100) setiap seorang kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu.
-- BERNAMA