Sembilan maut dalam tragedi pesawat terhempas di Sudan

Agensi
Julai 23, 2023 21:45 MYT
Sekurang-kurangnya sembilan orang maut termasuk empat pegawai tentera dalam kejadian sebuah pesawat terhempas di Lapangan Terbang Port Sudan, pada Ahad. - Gambar hiasan
KAHERAH: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut termasuk empat pegawai tentera dalam kejadian sebuah pesawat terhempas di Lapangan Terbang Port Sudan, pada Ahad.
Kenyataan yang dikeluarkan tentera Sudan menyebut, pesawat berkenaan terhempas berikutan kegagalan teknikal.
Menurut kenyataan itu juga, seorang kanak-kanak perempuan terselamat dalam kejadian itu.
Pesawat Antonov itu mengalami gangguan teknikal semasa berlepas sebelum terhempas, kata kenyataan itu lagi. - Reuters
#pesawat terhempas #Lapangan Terbang Port Sudan #sembilan maut #kegagalan teknikal