DUNIA
Sembilan maut dilanggar remaja 13 tahun
Sembilan orang maut selepas remaja lelaki berusia 13 tahun yang memandu sebuah trak pikap berlanggar dengan van membawa pasukan golf dari sebuah universiti di barat Texas. -Gambar hiasan/Freepik
HOUSTON: Seramai sembilan orang maut selepas seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang memandu sebuah trak pikap berlanggar dengan van membawa pasukan golf dari sebuah universiti di barat Texas.
Menurut polis, enam mangsa dari Universiti Southwest dilaporkan terbunuh bersama jurulatih mereka dalam kejadian yang berlaku pada Rabu malam.
Budak lelaki dan ayahnya berusia 38 tahun berada dalam trak pikap itu turut maut dalam nahas berlaku di Andrews, Texas.
Polis menambah, kedua-dua kenderaan terbakar selepas kemalangan. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian