Sembilan maut letupan silinder gas di Punjab, Pakistan

Bernama
Ogos 9, 2021 03:47 MYT
Van itu turut terbakar dan lima mangsa maut di tempat kejadian. - Foto Twitter/Waqar ul haq
ISLAMABAD: Sembilan orang terbunuh dan tiga yang lain cedera apabila silinder gas van penumpang meletup di daerah Gujranwala, timur Punjab, Pakistan pada Ahad, lapor Xinhua.
Menurut laporan media tempatan, van itu turut terbakar dan lima mangsa maut di tempat kejadian.
Empat yang lain meninggal dunia di hospital dan tiga lagi dalam keadaan kritikal.
Kenderaan di Punjab dibenarkan menggunakan silinder gas, tetapi kenderaan yang agak lama dan tidak diselenggara dengan baik mengundang bahaya kepada penumpang.
-- BERNAMA
#silinder gas #meletup #maut #terbakar #Punjab