[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Sembilan sekeluarga maut bumbung rumah runtuh

Bernama 09/10/2022 | 09:00 MYT
Insiden itu berlaku di pinggir daerah terpencil Chilas, terletak kira-kira 376 kilometer dari Islamabad. - Gambar hiasan/ AP
KARACHI: Sekurang-kurangnya sembilan sekeluarga dilaporkan terkorban selepas bumbung rumah mereka runtuh di utara Pakistan pada Ahad, menurut polis dan media tempatan.
Insiden itu berlaku di pinggir daerah terpencil Chilas, terletak kira-kira 376 kilometer dari Islamabad, lapor Agensi Anadolu.
Mangsa seorang wanita dan lapan anaknya termasuk empat perempuan.
Semua mayat telah dikeluarkan dari runtuhan, lapor penyiar tempatan Geo News.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif menzahirkan rasa dukacita terhadap insiden itu.
-- BERNAMA
#Pakistan #korban bencana #chilas #sembilan sekeluarga maut