Sembilan tentera India maut kemalangan jatuh gaung

Bernama
Ogos 20, 2023 01:55 MYT
Kenderaan tentera yang membawa 10 anggota dari bandar Leh ke Nyoma di selatan Ladakh terbabas dari jalan di kawasan yang dipanggil Kiari. - Foto media sosial
NEW DELHI: Sembilan tentera India maut selepas trak dinaiki mereka terjatuh ke dalam gaung di wilayah Ladakh pada Sabtu.
Kenderaan tentera tersebut membawa 10 anggota termasuk pemandu, dari bandar Leh ke Nyoma di selatan Ladakh apabila ia terbabas dari jalan di kawasan yang dipanggil Kiari, menurut laporan tempatan.
Trak itu merupakan sebahagian daripada konvoi tiga kenderaan.
"Sedih dengan kehilangan anggota tentera India akibat kemalangan berdekatan Leh di Ladakh.
"Kami tidak akan melupakan perkhidmatan teladan mereka kepada negara kami. Ingatan saya bersama keluarga yang berduka," kata Menteri Pertahanan Rajnath Singh.
-- BERNAMA
#tentera India maut #India #gaung #trak tentera