awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua motosikal baharu di Singapura wajib dilengkapi ABS mulai April 2027

Bernama
Bernama
16/09/2025
20:15 MYT
Semua motosikal baharu di Singapura wajib dilengkapi ABS mulai April 2027
LTA memaklumkan, motosikal sedia ada tanpa ABS tidak perlu dipasang semula sistem itu. - Gambar hiasan/Bernama
SINGAPURA: Singapura akan mewajibkan semua motosikal yang didaftarkan mulai 1 April 2027 dilengkapi Sistem Pembrekan Antikunci (ABS), sekali gus menjadi negara ASEAN pertama melaksanakan langkah itu, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).
LTA memaklumkan, motosikal sedia ada tanpa ABS tidak perlu dipasang semula sistem itu.
"Sehingga akhir 2024, kira-kira separuh daripada jumlah motosikal di Singapura sudah dilengkapi ABS. Industri automotif diberi tempoh peralihan 18 bulan untuk menghabiskan stok sedia ada dan membawa masuk model baharu dengan ABS," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
LTA berkata, peraturan baharu itu bertujuan meningkatkan keselamatan penunggang motosikal, pembonceng serta pengguna jalan raya lain.
ABS mengurangkan risiko tergelincir dengan mengawal tekanan brek serta mengekalkan kestabilan kenderaan ketika membrek secara mengejut atau kuat.
Kajian antarabangsa menunjukkan motosikal dilengkapi ABS mempunyai kadar kemalangan maut 37 peratus lebih rendah berbanding motosikal tanpa sistem itu.
Menurut Laporan Keadaan Trafik Jalan Raya Tahunan 2024 Polis Trafik, kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal meningkat 20.8 peratus, manakala jumlah kematian penunggang dan pembonceng meningkat 25 peratus pada 2024 berbanding 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#jumlah kematian
#penunggang motosikal
#ABS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan