GAZA: Ketua pertubuhan Program Makanan Sedunia (WFP), Cindy McCain memberi amaran berlaku batasan akses makanan dan minuman ke Semenanjung Gaza ketika ini.

“Sistem kemanusiaan di wilayah konflik itu sedang lumpuh,” kata McCain dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

“Semua orang di Gaza kelaparan.”

Menurut WFP, sebanyak 97 peratus isi rumah Palestin di kawasan utara semenanjung itu dan 83 peratus lagi di wilayah selatan dilaporkan tidak memperoleh bekalan makanan yang mencukupi - dengan sebahagian besar daripada mereka tidak langsung menjamah makanan dalam seharian.

“Dianggarkan sekitar 88 peratus isi rumah di wilayah pentadbiran utara dan sekitar 54 peratus di wilayah pentadbiran selatan dilaporkan menjalani hidup dengan sekurang-kurangnya sehari semalam tidak menjamah sebarang makanan sejak empat minggu lalu kerana bekalan makanan tidak mencukupi,” kata WFP dalam laporan terbaharu, sambil menambah sebanyak 20 peratus isi rumah di utara dan 14 peratus di selatan terpaksa berlapar lebih daripada 10 kali.

Lantaran krisis bekalan gas memasak di Gaza menyebabkan sebilangan besar rakyat Palestn bergantung pada sisa kebakaran, kayu api dan sisa atau serpihan kayu yang sebetulnya boleh mendatangkan masalah kesihatan termasuk risiko gangguan sistem pernafasan, kata data WFP. - Agensi