BANGKOK: Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis termasuk ujian terowong angin dan analisis laluan matahari bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40), kata Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Beliau berkata ujian lain termasuk analisis keselesaan termal dan indeks bangunan hijau (GBI)
Program baharu itu akan dimulakan dengan projek rumah mampu milik seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Belia Madani, Rumah Mesra Rakyat dan Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA).
"Saya mahu buat perubahan ini. Kami memilih kualiti daripada kuantiti. Oleh itu mereka bertanggungjawab menjalankan analisis dan ujian.
"Saya membayangkan projek ini kelak meliputi sistem penuaian air hujan dan panel solar. Selain itu, GBI akan membantu menggalakkan kemampanan dan meningkatkan kesedaran tentang isu alam sekitar... Ini akan menjadi pencetus perubahan," katanya kepada Bernama.
Nga terkejut meneliti hasil kajian Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan, Kementerian Kesihatan (MOH), dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang mendedahkan bahawa 13.4 peratus kanak-kanak dan remaja yang tinggal di PPR di Kuala Lumpur dan Selangor terfikir untuk membunuh diri atau mencederakan diri sendiri akibat tekanan hidup.
"Ia tidak dirancang dengan betul. Projek perumahan itu tidak boleh didiami dan keadaannya teruk dan sempit. Oleh itu, kementerian berazam untuk membina rumah yang selesa didiami," katanya.
Nga berkata kementerian itu komited untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025 di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025), dan ini akan dibina mengikut lima prinsip penting: - kebolehcapaian, kebolehdiaman, ketersambungan, komuniti yang baik dan kemampanan untuk memenuhi keperluan perumahan masa kini dan masa hadapan.
Beliau berkata kerajaan, agensinya dan sektor perniagaan telah membina lebih 280,000 rumah mampu milik setakat ini.
"Masih ada 220,000 unit lagi untuk disediakan. Mulai sekarang, kami akan menukar konsep rumah mampu milik kami supaya mematuhi lima petunjuk utama tersebut," katanya.
Beliau berkata Program Pemilikan Rumah (HOPE) diperkenal untuk menyatukan dan menyediakan maklumat komprehensif tentang ekosistem perumahan bagi memastikan akses kepada pembiayaan dan projek-projek ini diwujudkan dan didorong melalui perkongsian pelbagai organisasi awam dan swasta.
Sementara itu, Nga menggesa rakyat memainkan peranan dalam menyelenggara kemudahan di projek rumah mampu milik.
Sebelum menerima kunci rumah, katanya, pemilik PPR perlu melengkapkan latihan penyertaan sivik yang merangkumi arahan tentang kepentingan membayar yuran penyelenggaraan, menghentikan vandalisme dan menjaga kebersihan.
"Kami ingin mewujudkan kesedaran untuk memastikan pemilik memahami tanggungjawab mereka apabila menggunakan kemudahan biasa... atau jika tidak, PPR baharu akan menjadi kawasan setinggan 10 tahun akan datang.
"Anda tidak boleh mengharapkan kerajaan membayar yuran penyelenggaraan. Oleh itu, orang ramai mesti turut serta dan bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan persekitaran yang boleh didiami, selesa dan mesra," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Nga menggesa rakyat memainkan peranan dalam menyelenggara kemudahan di projek rumah mampu milik. - Gambar fail/ Bernama
Pembantu kedai nafi pecah amanah lebih RM200,000
Mohamad Rizal Zainal Abiddin, 31, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Laporan Audit: FELDA rugi RM1 bilion, rizab LTAT berbaki negatif pada 2022
PR1MA pula dilaporkan menghadapi kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion makakala liabiltii berjumlah RM5.746 bilion.
Bandar PR1MA pertama dilancarkan tahun ini - Nga
Bandar Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) pertama di negara ini yang dibina di Teluk Intan, bakal dilancarkan tahun ini.
COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Pelancaran Bomba Komuniti PR1MA untuk beri latihan asas kepada penduduk - Kor Ming
Program Bomba Komuniti PR1MA dilancar bertujuan memberi latihan kebombaan asas kepada penduduk, bagi mempersiapkan diri sekiranya berlaku kecemasan di residensi mereka.
KPKT peruntuk RM308 juta untuk tiga PPR baharu di Perak - Nga
KPKT memperuntukkan RM308 juta bagi pembangunan tiga projek PPR baharu di Perak membabitkan 1,200 unit kediaman di tiga kawasan Parlimen.
'Ada orang menyamar jadi ejen PR1MA' - MP Alor Setar
Akmal Nasrullah Mohd Nasir menegaskan penyamaran ejen itu merupakan satu perbuatan jenayah.
Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.
Semua projek rumah mampu milik baharu akan jalani ujian dan analisis - Nga
Semua projek perumahan mampu milik baharu di Malaysia akan menjalani ujian dan analisis bagi menyediakan rumah yang selesa didiami oleh golongan B40 dan M40.
Konsortium Transnasional peroleh kontrak PR1MA bernilai RM153.09 juta
Kerja-kerja berkaitan dijangka bermula dari Julai 2023 dan siap menjelang Jun 2026.
Luaskan konsep 'rahmah' meliputi isu kos, kualiti rumah mampu milik - FOMCA
Isu perumahan bukan semata-mata soal kos pemilikan tetapi juga soal kualiti rumah yang disediakan.