awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama ASEAN-China perkukuh keamanan, kemakmuran serantau - Kao Kim Hourn
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semua suspek utama kes rompakan Louvre ditahan - Pendakwa raya

Bernama
Bernama
29/11/2025
09:20 MYT
Semua suspek utama kes rompakan Louvre ditahan - Pendakwa raya
Siasatan masih dijalankan bagi mengesan barang kemas yang dicuri, menentukan peranan setiap anggota kumpulan dan memastikan bagaimana perancangan serta pelaksanaan rompakan itu dilakukan. - Gambar/ Reuters
PARIS: Empat individu yang didakwa sebagai dalang utama dalam rompakan di Muzium Louvre, Paris kini ditahan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau pada Jumaat memaklumkan bahawa prosiding awal telah dimulakan terhadap suspek keempat yang ditahan pada Selasa, atas pertuduhan rompakan berkumpulan dan penyertaan dalam organisasi jenayah.
Lelaki berusia 39 tahun itu akan direman, sama seperti tiga lagi suspek yang ditahan lebih awal.
Suspek keempat itu mempunyai enam rekod kesalahan lampau dan kali terakhir disabitkan kesalahan berkaitan pelacuran terancang pada 2023.
Menurut pejabat pendakwa raya, dia turut dikenali kerana kesalahan melibatkan barangan curi.
Seorang lagi lelaki dan dua wanita yang turut ditahan pada Selasa dibebaskan kerana penyiasat tidak mempunyai bukti terhadap mereka setakat ini.
Siasatan masih dijalankan bagi mengesan barang kemas yang dicuri, menentukan peranan setiap anggota kumpulan dan memastikan bagaimana perancangan serta pelaksanaan rompakan itu dilakukan.
Mereka melarikan lapan barangan kemas berharga yang dipamerkan sebelum meloloskan diri dengan skuter.
Nilai keseluruhan barang yang dicuri dianggarkan mencecah EUR88 juta (US$100 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#muzium louvre
#kes rompakan muzium
#Perancis
#kes pendakwaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan