awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senat AS sahkan Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan

Bernama
Bernama
25/01/2025
10:45 MYT
Senat AS sahkan Hegseth sebagai Setiausaha Pertahanan
Pelantikan Hegseth (kiri) memberikan kemenangan politik utama kepada Presiden Donald Trump.- Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan pelantikan bekas hos Fox News dan veteran tentera, Pete Hegseth, sebagai Setiausaha Pertahanan, memberikan kemenangan politik utama kepada Presiden Donald Trump ketika penggal kedua pentadbirannya mula menampakkan bentuk, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Naib Presiden AS JD Vance memberikan undi penentu selepas tiga senator Republikan menentang pelantikan Hegseth.
Hegseth, yang pernah bertugas di Iraq, Afghanistan dan Teluk Guantanamo, merupakan seorang daripada calon Kabinet Trump yang paling kontroversi.
Kelulusan pelantikannya sebelum ini diragui susulan dakwaan berkaitan kehidupan peribadinya, termasuk tuduhan penyalahgunaan alkohol dan keganasan rumah tangga. Beliau turut dituduh melakukan serangan seksual oleh seorang wanita pada 2017.
Hegseth menafikan semua tuduhan berkenaan dan menyifatkannya sebagai "kempen fitnah yang diselaraskan" oleh media semasa sesi pendengaran pengesahannya minggu lepas.
Selain gagal dalam percubaannya untuk merebut kerusi Senat AS di Minnesota pada 2012, Hegseth tidak mempunyai pengalaman politik mahupun memimpin organisasi sebesar Jabatan Pertahanan AS, yang mempunyai lebih tiga juta kakitangan serta terkenal dengan kerumitan birokratiknya.
Hegseth lebih dikenali di AS menerusi saluran pro-Trump, Fox News, di mana beliau menjadi hos bersama rancangan pagi hujung minggu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Senat Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Pete Hegseth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan