Senator Amerika Syarikat John McCain meninggal dunia

Agensi
Ogos 26, 2018 00:34 MYT
McCain sebelum ini berkata beliau tidak mahu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghadiri upacara pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia. - Foto fail AP/J. Scott Applewhite
Senator Amerika Syarikat (AS) dan bekas calon presiden, John McCain dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Arizona pada usia 81 tahun hari ini.
McCain sebelum ini dikatakan menghidap kanser otak yang agresif sejak lebih setahun lalu.
Keluarganya McCain dikatakan menghentikan sebarang rawatan semalam.
McCain dari Parti Republikan sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya presiden 2008, namun kalah kepada bekas presiden Barack Obama.
McCain juga merupakan antara pengkritik lantang presiden Donald Trump.
McCain pernah berkata beliau tidak mahu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menghadiri upacara pengebumiannya sekiranya dia meninggal dunia.
Lapor The New York Times dan NBC News, McCain sebaliknya mahu Naib Presiden, Mike Pence untuk mewakili White House.
#Amerika Syarikat #barah otak #Donald Trump #John McCain #meninggal dunia #presiden #senator