DUNIA

Senator Colombia Uribe kritikal selepas ditembak

Bernama 08/06/2025 | 03:30 MYT
Pihak pentadbiran presiden menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk segera memulakan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik insiden. - Gambar/ Reuters
BUENOS AIRES: Senator Colombia Miguel Uribe Turbay yang dijangka bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2026, kini berada dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan, lapor Bluradio yang memetik sumber, menurut Sputnik/RIA Novosti.


Ringkasan AI
  • Senator Miguel Uribe Turbay berada dalam keadaan kritikal selepas terkena tembakan di bahagian kepala atau leher ketika menyampaikan ucapan awam.
  • Penyerang yang tidak dikenali telah melepaskan tembakan ke arah beliau, namun berjaya ditahan selepas ditembak oleh pengawal keselamatan senator tersebut.
  • Pihak pentadbiran presiden Colombia menggesa siasatan segera dijalankan untuk mengenal pasti dalang di sebalik serangan tersebut.


Senator berkenaan dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala atau leher.

Pada Sabtu, seorang individu tidak dikenali melepaskan tembakan ke arahnya ketika senator itu sedang menyampaikan ucapan awam.

Pihak pentadbiran presiden menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk segera memulakan siasatan bagi mengenal pasti dalang di sebalik insiden.

Polis berjaya menahan penyerang berkenaan, yang turut mengalami kecederaan selepas ditembak oleh pengawal keselamatan Uribe.

-- BERNAMA

#Colombia #Kes Tembak #cedera parah #Miguel Uribe Turbay