awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China perketat peraturan e-dagang penstriman langsung, platform perdagangan dalam talian
Skandal FAM: 'Perlu tahu pasukan mana juara kumpulan agar masuk balang undian ...' - Windsor
Lelaki tempatan maut ditembak di Klang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang anggota polis maut, tiga lagi cedera dalam insiden letupan bom di Pattani

Bernama
Bernama
21/09/2022
14:02 MYT
Seorang anggota polis maut, tiga lagi cedera dalam insiden letupan bom di Pattani
Anggota skuad pemusnah bom membuat pemeriksaan di tempat kejadian letupan bom berdekatan Hospital Mai Kaen di Pattani hari ini. - Foto BERNAMA
PATTANI: Seorang anggota polis maut manakala tiga lagi cedera dalam satu insiden letupan bom berdekatan sebuah hospital di Mai Kaen di Pattani.
Ketua Polis Mai Kaen, Kol Pol. Torlap Lengha berkata dalam insiden pada 7.40 malam (waktu tempatan) pada Selasa, sepasukan polis yang menaiki pikup dan motosikal, membuat rondaan di depan Hospital Mai Kaen.
"Sebutir bom buatan sendiri yang dipasang pada sebuah tong sampah di tepi jalan di depan Hospital Mai Kaen, dipercayai diaktifkan dengan walkie-talkie.
"Letupan yang kuat menyebabkan seorang anggota polis yang menuggang motosikal maut manakala tiga yang lain cedera," katanya pada sidang media selepas meninjau tempat kejadian hari ini.
Beliau berkata semua mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Torlap berkata letupan yang kuat menyebabkan motosikal yang dinaiki mangsa musnah terbakar.
Selain itu, beliau berkata sebuah sekolah, dua gerai berhampiran tempat kejadian, turut mengalami kerosakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota polis
#letupan
#letupan bom
#Mai Kaen
#Pattani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan