DUNIA
Seorang lelaki ditahan susulan insiden di kediaman Naib Presiden AS, JD Vance
Seorang individu telah ditahan susulan satu insiden di kediaman peribadi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance. - Gambar fail Reuters
WASHINGTON: Seorang individu telah ditahan susulan satu insiden di kediaman peribadi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance di Cincinnati, menurut laporan media Amerika Syarikat yang dipetik Agensi Berita Jerman (dpa) pada Isnin.
Polis sedang menyiasat kejadian berkenaan yang berlaku pada waktu malam dan dipercayai mengakibatkan beberapa tingkap rumah dipecahkan, lapor stesen penyiaran tempatan WCPO dari kediaman Vance di negeri Ohio.
Polis bersama ejen Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat turut menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan rumah berkenaan, menurut laporan rangkaian ABC yang memetik pegawai di lokasi kejadian.
Perkhidmatan Rahsia AS bertanggungjawab melindungi pemimpin kanan negara itu dan memastikan keselamatan pegawai yang dipilih.
Agensi itu memaklumkan kepada polis sejurus selepas tengah malam bahawa seseorang dilihat melarikan diri dari kawasan kediaman tersebut ke arah timur, menurut jurucakap polis kepada FOX19. Polis kemudiannya menahan suspek berkenaan.
Masih belum jelas sama ada Vance atau ahli keluarganya berada di rumah ketika kejadian berlaku.
Pada akhir Disember lalu, bandar Cincinnati mengumumkan penutupan jalan masuk ke kediaman Naib Presiden itu dari 29 Dis hingga 4 Jan.
Penduduk lain masih dibenarkan memasuki rumah masing-masing tetapi perlu melalui beberapa sekatan keselamatan.
Menurut WCPO, sekatan berkenaan ditarik balik pada pagi Isnin.
-- BERNAMA