DUNIA
Seorang maut, 11 cedera nahas tren rempuh bas pelancong di Rusia

Nahas berlaku sekitar jam 3 pagi apabila bas tersebut berada di atas landasan ketika tren meluncur laju ke arah persimpangan. -Foto Reuters
ST PETERSBURG: Seorang maut manakala sekurang-kurangnya 11 lagi cedera selepas sebuah tren barang merempuh bas pelancong di persimpangan landasan berhampiran bandar St Petersburg awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Sebuah tren barang merempuh bas pelancong di persimpangan landasan berhampiran St Petersburg, menyebabkan seorang maut dan sekurang-kurangnya 11 cedera.
- Insiden berlaku sekitar jam 3 pagi apabila bas berada di atas landasan; pemandu tren cuba membrek tetapi gagal mengelak pelanggaran.
- Siasatan sedang dijalankan, dengan pelanggaran peraturan lalu lintas di persimpangan landasan dikenal pasti sebagai isu berulang di Rusia.
“Menurut maklumat awal, 12 penumpang dalam bas mengalami kecederaan dan salah seorang daripada mereka meninggal dunia akibat kecederaan parah,” kata jurucakap rangkaian kereta api Rusia.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk kemungkinan pelanggaran peraturan lalu lintas.
Pelanggaran trafik di persimpangan landasan dilaporkan sebagai isu berulang di Rusia dan sering menjadi punca kemalangan maut.
Gambar dari lokasi kejadian menunjukkan kerosakan teruk pada bahagian hadapan bas, manakala tren barang dilaporkan tidak mengalami kerosakan besar.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami