Skip to main content

Dunia

Seorang maut, 11 hilang dalam kejadian tanah runtuh di Jiangxi, China

Anggota penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh selepas beberapa hari hujan lebat akibat Siklon Tropika Saudel di Daerah Suichuan, Bandar Ji'an, wilayah Jiangxi di timur China. - Foto AP
Anggota penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian tanah runtuh selepas beberapa hari hujan lebat akibat Siklon Tropika Saudel di Daerah Suichuan, Bandar Ji'an, wilayah Jiangxi di timur China. - Foto AP

Advertisement

BEIJING: Seorang maut manakala 11 lagi masih hilang selepas hujan lebat mencetuskan kejadian tanah runtuh di wilayah Jiangxi, timur China, awal pagi Sabtu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, tanah runtuh itu berlaku kira-kira jam 4 pagi di Pekan Gaoping, Daerah Suichuan, susulan hujan berterusan yang dibawa Taufan Saudel.

Kejadian itu mengakibatkan 12 buah rumah mengalami kerosakan, menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan daerah berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang masih hilang, sementara pihak berkuasa berusaha menilai tahap kerosakan serta risiko bencana susulan di kawasan terjejas.

Penyiar rasmi China, CCTV, melaporkan lebih 10 individu dipercayai terperangkap apabila tanah runtuh melanda pekan tersebut.

Hujan lebat yang dibawa Taufan Saudel telah menjejaskan beberapa kawasan di Jiangxi dalam beberapa hari kebelakangan ini, meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh di kawasan berbukit.

Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya berwaspada dan mematuhi arahan pemindahan bagi mengelakkan kehilangan nyawa.

 

 

Must Watch Video

Advertisement