DUNIA
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Insiden berlaku sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan apabila dua lori bertembung di lorong keluar lebuh raya. -Foto X @Volcaholic
TOKYO: Seorang wanita warga emas maut manakala 26 lagi cedera, termasuk lima parah, dalam kemalangan berantai melibatkan lebih 50 kenderaan di Lebuh Raya Kan-Etsu, Minakami, wilayah Gunma, barat laut Tokyo, malam tadi.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut polis, insiden berlaku sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan pada 26 Dis apabila dua lori bertembung di lorong keluar lebuh raya, dipercayai akibat permukaan jalan licin susulan salji lebat.
Perlanggaran awal itu mencetuskan kemalangan berantai melibatkan lebih 50 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat.
Sekurang-kurangnya 17 kenderaan dilaporkan terbakar, menyebabkan kebakaran besar yang sukar dikawal pasukan penyelamat.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai wanita berusia 77 tahun dari Tokyo.
Daripada 26 mangsa cedera, lima dilaporkan parah manakala selebihnya cedera ringan.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan asap tebal dan api marak membakar beberapa kenderaan di lokasi kejadian, mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya.
Pihak berkuasa tempatan segera mengerahkan pasukan bomba dan perubatan ke lokasi untuk usaha menyelamat dan memadam kebakaran.
Operasi pembersihan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar serta menilai kerosakan infrastruktur.
Kemalangan berlaku ketika Jepun memulakan musim cuti akhir tahun, yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya utama.
Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memandu dalam cuaca buruk, khususnya musim sejuk yang boleh menyebabkan jalan licin dan penglihatan terhad.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Wanita warga emas maut dan 26 cedera, lima parah dalam kemalangan berantai melibatkan lebih 50 kenderaan di Lebuh Raya Kan-Etsu, Gunma, Jepun.
- Kemalangan berlaku disebabkan dua lori bertembung di lorong keluar lebuh raya akibat jalan licin susulan salji lebat, menyebabkan kebakaran besar dan panik di kalangan pengguna jalan.
- Operasi pembersihan dan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca serta menilai kerosakan, sementara orang awam diperingatkan tentang bahaya memandu dalam cuaca buruk.
Menurut polis, insiden berlaku sekitar jam 7.30 malam waktu tempatan pada 26 Dis apabila dua lori bertembung di lorong keluar lebuh raya, dipercayai akibat permukaan jalan licin susulan salji lebat.
Perlanggaran awal itu mencetuskan kemalangan berantai melibatkan lebih 50 kenderaan, termasuk kereta persendirian dan kenderaan berat.
Sekurang-kurangnya 17 kenderaan dilaporkan terbakar, menyebabkan kebakaran besar yang sukar dikawal pasukan penyelamat.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai wanita berusia 77 tahun dari Tokyo.
Daripada 26 mangsa cedera, lima dilaporkan parah manakala selebihnya cedera ringan.
Rakaman video tular di media sosial menunjukkan asap tebal dan api marak membakar beberapa kenderaan di lokasi kejadian, mencetuskan panik dalam kalangan pengguna jalan raya.
Pihak berkuasa tempatan segera mengerahkan pasukan bomba dan perubatan ke lokasi untuk usaha menyelamat dan memadam kebakaran.
Operasi pembersihan dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar serta menilai kerosakan infrastruktur.
Kemalangan berlaku ketika Jepun memulakan musim cuti akhir tahun, yang lazimnya menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya utama.
Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai agar berhati-hati memandu dalam cuaca buruk, khususnya musim sejuk yang boleh menyebabkan jalan licin dan penglihatan terhad.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan kemalangan berantai melibatkan lebih 50 kenderaan di Lebuh Raya Kan-Etsu, Minakami?
A: Kemalangan berantai berlaku akibat dua lori bertembung di lorong keluar lebuh raya disebabkan permukaan jalan licin susulan salji lebat. - Q: Berapakah bilangan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berantai tersebut?
A: Lebih 50 kenderaan terlibat dalam kemalangan berantai di Lebuh Raya Kan-Etsu, Minakami. - Q: Siapakah mangsa maut dalam kemalangan tersebut dan dari mana beliau berasal?
A: Mangsa maut adalah seorang wanita berusia 77 tahun dari Tokyo. - Q: Berapakah jumlah mangsa cedera dalam kemalangan tersebut dan berapa yang dilaporkan parah?
A: Terdapat 26 mangsa cedera dalam kemalangan tersebut, di mana lima daripadanya dilaporkan parah. - Q: Apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kemalangan berlaku?
A: Pihak berkuasa mengerahkan pasukan bomba dan perubatan ke lokasi untuk usaha menyelamat dan memadam kebakaran, serta menjalankan operasi pembersihan dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar serta menilai kerosakan infrastruktur.