awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Akmal sokong PM wajibkan BM, Sejarah, minta kaji umur 6 tahun masuk Tahun 1
Mahkamah Jepun akan putuskan kes lelaki didakwa membunuh bekas PM Abe
UK pertahan perjanjian Chagos selepas Trump gelar ia “tindakan sangat bodoh”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, 38 cedera semasa demonstrasi di Jakarta

Agensi
Agensi
29/08/2025
03:00 MYT
Seorang maut, 38 cedera semasa demonstrasi di Jakarta
Penunjuk perasaan bertindak balas ketika mereka bertembung dengan polis rusuhan dalam demonstrasi di hadapan bangunan Parlimen Indonesia di Jakarta. - Gambar Reuters
JAKARTA: Seorang maut manakala 38 lagi cedera dalam demonstrasi yang berlaku di Jakarta, pada Khamis..
Mangsa yang maut dikenali sebagai Affan Kurniawan, seorang penunggang motosikal e-hailing, selepas dilaporkan maut akibat dilanggar kenderaan taktikal milik Pasukan Briged Mobil Polis Republik Indonesia (Brimob Polri).
Gabenor Jakarta, Pramono Anung berkata, pihak berkuasa akan memberikan bantuan penuh kepada keluarga Allahyarham termasuk pengurusan jenazah sehingga ke proses pengebumian.
“Kami memberikan komitmen untuk membantu sepenuhnya agar keluarga tidak terbeban. Pengurusan jenazah dan pengebumian akan kendalikan dengan sebaik-baiknya,” katanya dalam kenyataan rasmi, pada Jumaat.
Beliau turut memaklumkan, segala kos rawatan mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya.
"Antara hospital yang merawat mangsa-mangsa termasuk Hospital Cipto Mangunkusumo (RSCM), Hospital Pelni, Hospital Pertamina Pusat (RSPP), Hospital Bhakti Mulia, Hospital Budi Kemuliaan, Hospital Patria IKKT, Hospital Angkatan Laut Mintohardjo, Hospital Eka Permata Hijau, Hospital Umum Daerah Tarakan dan Hospital Khusus Daerah Duren Sawit," katanya.
Allahyarham Affan dikebumikan di Tanah Perkuburan Umum (TPU) Karet Bivak, Jakarta Pusat, dengan diiringi kira-kira 1,000 penunggang e-hailing, pada Jumaat.
Sementara itu, suasana tegang masih dilaporkan di sekitar Markas Komando (Mako) Brimob Kwitang, Jakarta Pusat, apabila ratusan orang ramai berkumpul sejak malam Khamis.
Pasukan polis bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.
Pramono dalam pada itu menyeru semua pihak agar bertenang dan menjaga keamanan ibu kota.
“Kami berharap semua pihak dapat menahan diri dan mengutamakan penyelesaian dengan cara damai. Jakarta adalah rumah kita bersama, dan kita harus menjaganya agar tetap harmoni dan tertib,” katanya.
Topic Berkaitan
#Jakarta
#demonstrasi
#penunggang e-hailing maut
#Gabenor Jakarta
#Pramono Anung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan