[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Seorang maut, 8 cedera ditembak ketika hadiri parti di Pennsylvania AS

Bernama 09/10/2023 | 11:55 MYT
Seramai sembilan orang berumur antara 18 dan 23 tahun ditembak dan seorang lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. - Gambar hiasan
MOSCOW: Seorang maut manakala lapan lagi cedera d alam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania, AS, lapor Sputnik, memetik polis tempatan.
Insiden berlaku pada pagi Ahad di White Township, Indiana County, tidak jauh dari Indiana University of Pennsylvania, lapor Sputnik.
Seramai sembilan orang berumur antara 18 dan 23 tahun ditembak dan seorang lelaki berusia 18 tahun dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Pegawai penguatkuasa undang-undang kini sedang menyiasat kejadian itu.
--BERNAMA-SPUTNIK
#Amerika Syarikat #kes tembakan #hari jadi #Pennsylvania