DUNIA
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
WHO berkata pesakit berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan, namun mempunyai rekod mengambil air nira kurma mentah. - Gambar hiasan/REUTERS
DHAKA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat memaklumkan seorang wanita meninggal dunia di utara Bangladesh pada Januari selepas dijangkiti virus Nipah yang membawa maut.
Kes di Bangladesh, di mana jangkitan Nipah dilaporkan hampir setiap tahun, menyusuli pengesanan dua kes virus sama di negara jiran, India, yang telah mendorong memperketatkan pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang di seluruh Asia.
Pesakit berusia antara 40 hingga 50 tahun itu mula mengalami gejala selari dengan jangkitan Nipah pada 21 Januari, termasuk demam dan sakit kepala, diikuti air liur berlebihan, kekeliruan serta sawan, menurut WHO.
Wanita itu meninggal dunia seminggu kemudian dan jangkitan virus disahkan sehari selepas kematiannya.
WHO berkata pesakit berkenaan tidak mempunyai sejarah perjalanan, namun mempunyai rekod mengambil air nira kurma mentah.
Seramai 35 individu yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit sedang dipantau dan setakat ini disahkan negatif, manakala tiada kes baharu dikesan, kata WHO.
Virus Nipah kebanyakannya merebak melalui produk yang tercemar oleh kelawar yang dijangkiti, seperti buah-buahan.
Kadar kematian boleh mencecah sehingga 75 peratus, namun penularan antara manusia tidak berlaku dengan mudah.
Beberapa negara termasuk Malaysia, Thailand, Indonesia dan Pakistan telah melaksanakan saringan suhu di lapangan terbang selepas India melaporkan kes di negeri West Bengal.
WHO berkata risiko penularan antarabangsa ketika ini dianggap rendah dan tidak mengesyorkan sebarang sekatan perjalanan atau perdagangan berdasarkan maklumat semasa.
Pada 2025, empat kes kematian disahkan secara makmal dilaporkan di Bangladesh.
Setakat ini, tiada ubat atau vaksin berlesen khusus untuk jangkitan virus Nipah.