DUNIA
Seorang maut dalam insiden tembakan di Kentucky State University, suspek ditahan
Pihak berkuasa keselamatan mengawal keadaan di kawasan Whitney Moore Young Jr Hall susulan kejadian tembakan di kampus Kentucky State University, Frankfort, Kentucky, 9 Dis 2025. (Foto AP)
SEORANG pelajar maut manakala seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan di Kentucky State University (KSU), Amerika Syarikat, pada petang Selasa.
Ringkasan AI
Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku sekitar jam 3.35 petang (waktu tempatan) di kawasan asrama Whitney M. Young Jr. Hall, kampus selatan universiti berkenaan di Frankfort, Kentucky.
Polis Frankfort mengesahkan seorang suspek yang bukan pelajar universiti telah ditahan tidak lama selepas insiden.
Motif kejadian masih dalam siasatan, namun pihak berkuasa menyifatkannya sebagai insiden terpencil dan menegaskan tiada ancaman berterusan terhadap komuniti kampus.
Mangsa yang cedera kini dirawat di hospital dalam keadaan kritikal.
Kampus KSU diarah menjalani ‘lockdown’ sementara siasatan dijalankan.
Gabenor Kentucky, Andy Beshear, dalam kenyataan di media sosial menggesa orang ramai bertenang dan mendoakan keselamatan mangsa serta menegaskan pihak berkuasa sedang memantau situasi dengan rapi.
Pihak universiti turut memaklumkan bahawa mereka bekerjasama sepenuhnya dengan polis dan akan menyediakan sokongan kepada pelajar yang terjejas.
Ringkasan AI
- Seorang pelajar maut dan seorang lagi cedera parah dalam insiden tembakan di Kentucky State University (KSU) di Amerika Syarikat.
- Polis Frankfort mengesahkan suspek bukan pelajar universiti telah ditahan, dan motif kejadian masih dalam siasatan.
- Mangsa yang cedera kritikal dirawat di hospital; kampus KSU diarah menjalani 'lockdown' sementara pihak berkuasa memantau situasi dengan rapi.