DUNIA
Seorang maut dalam kebakaran hutan di Madrid
Kebakaran hutan terjadi di Tres Cantos, dekat Madrid, Sepanyol, 11 Ogos 2025. REUTERS
MADRID: Seorang lelaki maut dalam kejadian kebakaran hutan pada Isnin malam yang melanda pinggir bandar Tres Cantos, kira-kira 20 kilometer (km) di utara ibu negara Sepanyol, Madrid, lapor Xinhua.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Madrid, mangsa telah diselamatkan daripada kebakaran itu namun kemudiannya meninggal dunia akibat melecur teruk di Hospital La Paz, Madrid.
Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dan Presiden Komuniti Autonomi Madrid, Isabel Diaz Ayuso menyampaikan ucapan takziah di media sosial susulan pengumuman kematian mangsa.
Pihak berkuasa percaya kebakaran itu berkemungkinan berpunca daripada panahan petir di kawasan ladang berdekatan pada petang Isnin. Angin sehingga 70 km sejam menyebabkan api merebak dengan cepat memaksa kira-kira 200 penduduk dipindahkan segera. Bagaimanapun, seorang lelaki gagal dipindahkan tepat pada masanya.
Sementara itu, di pusat peranginan pelancong selatan Tarifa, kira-kira 2,000 orang dipindahkan dari hotel dan rumah berikutan kebakaran hutan kedua di kawasan itu dalam tempoh kurang seminggu.
Di wilayah Zamora, kira-kira 850 orang dipindahkan pada Isnin apabila satu lagi kebakaran melanda Molezuelas de la Carballeda. Di wilayah jiran Castilla dan Leon, lebih 1,500 hektar musnah dalam kebakaran hutan yang menjejaskan Las Medulas, Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan hutan semula jadinya. Sebahagian landskap yang dilindungi itu kini musnah menjadi abu.
Peta kebakaran yang disiarkan di laman sesawang penyiar nasional RTVE menunjukkan aktiviti kebakaran yang meluas di seluruh negara, dengan penunjuk jingga dan merah menandakan kawasan yang aktif dan terjejas.
Sistem Maklumat Kebakaran Hutan Eropah (EFFIS) pada Isnin melaporkan bahawa lebih 59,000 hektar tanah telah terbakar di Sepanyol setakat ini pada 2025, meningkat hampir 25 peratus hanya dalam tempoh seminggu lepas.
Dengan tiada hujan diramalkan dan suhu melebihi 40 darjah Celsius di banyak wilayah, Sepanyol terus berdepan antara gelombang haba paling lama pernah direkodkan sejak pengumpulan data bermula pada 1975.
-- BERNAMA