awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Copenhagen

Bernama
Bernama
21/07/2025
15:01 MYT
Seorang maut, dua cedera dalam insiden tembakan di Copenhagen
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku pada Ahad di ibu negara Denmark, Copenhagen. - Foto hiasan
OSLO: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku pada Ahad di ibu negara Denmark, Copenhagen, lapor media tempatan yang memetik kenyataan polis, menurut Xinhua.
Lelaki berusia 32 tahun itu ditembak mati di kawasan kejiranan barat laut bandar itu, Tingbjerg, manakala dua lelaki lain, masing-masing berusia 21 dan 22 tahun, cedera tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Setakat pagi Isnin, tiada tangkapan dilakukan, menurut polis Copenhagen kepada penyiar Denmark, DR.
Menurut polis, kejadian berlaku kira-kira 7:00 malam waktu tempatan (1700 GMT) di kawasan yang dikenali sebagai Ruten di Tingbjerg. Polis menerima beberapa laporan berhubung bunyi tembakan dan segera bergegas ke lokasi kejadian. Kedua-dua mangsa yang cedera ke hospital sendiri untuk mendapatkan rawatan.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan dan sedang giat memburu suspek, yang dilaporkan melarikan diri dari tempat kejadian. Masih belum jelas bagaimana suspek meninggalkan kawasan itu dan sama ada dia menggunakan kenderaan.
Motif kejadian masih belum diketahui. Walaupun suspek masih bebas, polis memberi jaminan kepada orang awam, tiada ancaman berterusan terhadap penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Copenhagen
#Denmark
#Tingbjerg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan