Skip to main content

Dunia

Seorang maut, dua hilang dalam kebakaran turbin angin

A helicopter works to extinguish a burning wind turbine in in Yeongdeok County, North Gyeongsang Province, Monday. - Courtesy of Yeongdeok County fire authorities
Seorang pekerja syarikat turbin angin disahkan maut dalam kebakaran itu, manakala dua lagi masih gagal dikesan. - Gambar/ Yeongdeok County Fire Authorities

YEONGDEOK: Satu kebakaran berlaku di sebuah turbin angin di daerah Yeongdeok, tenggara Korea Selatan pada Isnin, mengorbankan seorang dan menyebabkan dua lagi belum dapat dikesan, kata pihak berkuasa, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kebakaran itu tercetus sekitar 1.11 tengah hari di turbin dalam kompleks tenaga angin di daerah berkenaan, kira-kira 240 kilometer di tenggara Seoul, menurut pihak bomba tempatan.

Advertisement

Seorang pekerja syarikat turbin angin disahkan maut dalam kebakaran itu, manakala dua lagi masih gagal dikesan.

Seorang pegawai polis berkata kedua-dua mangsa dipercayai berada di dalam turbin tersebut.

Pihak berkuasa klsmengerahkan 11 helikopter dan 148 anggota bagi memadamkan kebakaran.

-- BERNAMA-YONHAP

 

 

Must Watch Video