Seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya dua lagi cedera dalam kejadian letupan gas di sebuah pusat sukan di Chimay, Belgium.

Kejadian pada lewat Khamis tersebut bagaimanapun disahkan tiada kaitan dengan pengganas.

Jurucakap pusat bencana Belgium berkata punca kejadian bermula dari kebocoran paip gas.

Sebahagian bangunan terbabit runtuh akibat letupan yang kuat.

Mangsa yang maut ditemui pasukan penyelamat di bawah runtuhan tersebut, sementara mangsa yang cedera dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Identiti mangsa bagaimanapun masih belum dikenal pasti.