Skip to main content

Dunia

Seorang maut, lapan cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Raja Fahd Arab Saudi

Pihak berkuasa turut memaklumkan serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan. - Foto King Fahd International Airport
Pihak berkuasa turut memaklumkan serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan. - Foto King Fahd International Airport

Advertisement

RIYADH: Seorang terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd di Dammam, Arab Saudi, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Arab Saudi.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi platform X, pihak berkuasa itu memaklumkan serangan berkenaan berlaku pada Rabu malam dan mengakibatkan seorang penduduk terbunuh serta lapan individu lain mengalami kecederaan daripada ringan hingga parah.

Menurut kenyataan itu, semua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

 

 

Pihak berkuasa turut memaklumkan serangan tersebut menyebabkan kerosakan harta benda di lapangan terbang berkenaan, dengan penilaian mengenai tahap kerosakan masih dijalankan.

Katanya, maklumat lanjut mengenai insiden itu akan diumumkan dari semasa ke semasa apabila perkembangan baharu diperoleh.

 

Must Watch Video

Advertisement