DUNIA
Seorang maut selepas gempa bumi berukuran 5.8 magnitud landa Pakistan
Kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh gempa bumi turut menghalang beberapa jalan dan laluan.
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala puluhan rumah rosak selepas gempa bumi sederhana melanda utara Pakistan pada Isnin, lapor Xinhua memetik pegawai.
Jabatan Meteorologi Pakistan dalam satu kenyataan memaklumkan, gempa bumi itu berukuran 5.8 magnitud, pada kedalaman 10 kilometer, dengan pusat gempa terletak di barat laut Kashmir.
Menteri Penerangan bagi wilayah utara Gilgit-Baltistan, Ghulam Abbas memberitahu Xinhua, seorang lelaki maut selepas ditimpa batu yang jatuh semasa gempa bumi itu.
Beliau berkata, puluhan rumah lumpur runtuh atau rosak di beberapa bahagian di wilayah pergunungan itu.
Menurut beliau, kejadian tanah runtuh yang dicetuskan oleh gempa bumi turut menghalang beberapa jalan dan laluan, dan agensi kerajaan telah mengerahkan jentera bagi membersihkan runtuhan serta memulihkan aliran trafik.
Gegaran turut dirasai di kawasan yang luas, termasuk ibu negara Islamabad, serta kawasan barat laut seperti Peshawar, Swat dan Mardan, sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang bergegas keluar dari bangunan.
-- BERNAMA