awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan

Bernama
Bernama
10/02/2025
13:20 MYT
Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera. - Foto hiasan
ULSAN (Korea Selatan): Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik kenyataan pegawai.
Letupan itu berlaku pada 11.15 pagi di sebuah loji di Ulsan, kira-kira 310 kilometer tenggara Seoul, menurut pihak bomba.
Kedua-dua mangsa merupakan pekerja yang membuka tangki untuk memeriksa tahap bahan kimia ketika letupan berlaku.
Seorang pekerja berusia 30-an tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital. Mangsa menjalani pembedahan tetapi disahkan meninggal dunia pada sebelah petang.
Seorang lagi pekerja mengalami kecederaan namun berada dalam keadaan stabil dan tidak mengancam nyawa.
Kebakaran berjaya dipadamkan selepas kira-kira tiga jam dengan lebih 230 anggota bomba serta 44 peralatan, termasuk jentera bomba, dikerahkan dalam operasi pemadaman.
Pemangku Presiden Choi Sang-mok mengeluarkan arahan kecemasan bagi menggerakkan semua sumber yang ada untuk memadamkan kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#letupan
#operasi pemadaman
#arahan kecemasan
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan