WASHINGTON: Seorang pegawai polis terbunuh manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembak-menembak pada Sabtu di Columbia, South Carolina, menurut Ketua Polis Columbia Skip Holbrook, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Dua pegawai polis Columbia terlibat dan cedera dalam insiden tembakan itu. Dengan rasa duka cita dan sedih, saya memaklumkan bahawa seorang daripada pegawai kami telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya," kata Holbrook ketika sidang media pada Sabtu.
Kejadian berlaku pada sebelah pagi selepas polis bertindak terhadap panggilan mengenai pergaduhan domestik. Suspek lelaki berumur 33 tahun turut terbunuh dalam insiden tembak-menembak berkenaan. Lelaki itu mempunyai rekod jenayah yang panjang, kata ketua polis berkenaan.
Holbrook turut memaklumkan bahawa pegawai yang cedera kini berada dalam keadaan stabil.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI