awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seorang petugas PBB maut, 5 parah dalam serangan di Gaza

Bernama
Bernama
20/03/2025
06:45 MYT
Seorang petugas PBB maut, 5 parah dalam serangan di Gaza
Ketua PBB itu sekali lagi menegaskan keperluan gencatan senjata segera di Gaza dan menuntut bantuan kemanusiaan disalurkan kepada semua yang memerlukan. - Gambar/ Reuters
HAMILTON (Kanada): Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meluahkan rasa dukacita atas kematian seorang petugas bantuan PBB dalam serangan di sebuah kemudahan PBB di Gaza, lapor Anadolu Ajansi (AA).
"Setiausaha Agung berasa amat sedih dan terkejut apabila mengetahui kematian seorang kakitangan Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS)," menurut kenyataan dari pejabat jurucakapnya.
Kenyataan itu memaklumkan bahawa lima pekerja PBB turut cedera parah dalam kejadian itu.
"Lokasi semua premis PBB telah dimaklumkan kepada pihak-pihak yang bertelagah, yang terikat dengan undang-undang antarabangsa untuk melindungi serta menjamin keselamatan kemudahan itu.
"Setiausaha Agung mengutuk keras semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menyeru siasatan penuh dijalankan," menurut kenyataan itu.
Guterres menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa dan menekankan peningkatan jumlah korban dalam kalangan petugas PBB.
"Serangan maut hari ini menjadikan bilangan rakan sekerja PBB yang terbunuh di Gaza sejak 7 Okt 2023 kepada sekurang-kurangnya 280 orang," katanya.
Beliau juga merujuk laporan sehari sebelumnya mengenai ratusan korban, termasuk kanak-kanak, yang menjadikan ia antara hari paling berdarah di Gaza sejak akhir 2023.
Ketua PBB itu sekali lagi menegaskan keperluan gencatan senjata segera di Gaza dan menuntut bantuan kemanusiaan disalurkan kepada semua yang memerlukan.
Sementara itu, jurucakap PBB Farhan Haq dalam sidang media menyatakan bahawa satu siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca serangan itu.
"Kami sedang berusaha mengenal pasti apa yang menyebabkan letupan itu," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#PBB
#Gaza
#Israel
#petugas PBB maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan