Seorang terbunuh, lima cedera dalam letupan di Montenegro

Astro Awani
Mac 4, 2023 00:45 MYT
Pemandangan di lokasi kejadian letupan bom di Podgorica, Montenegro, 3 Mac 2023. REUTERS
SEORANG terkorban, manakala lima yang lain cedera dalam insiden letupan di perkarangan pintu masuk mahkamah di Podgorica, Montenegro pada Jumaat.
Berdasarkan laporan pihak berkuasa, insiden itu berlaku berpunca daripada letupan bom tangan.
Ketua Pusat Klinikal Montenegro, Ljil-Jana Radulovic berkata, lapan individu digegaskan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Empat daripada mereka akan ditahan bagi mendapat rawatan lanjut.
Menurutnya, mereka berada dalam keadaan stabil.
Terdahulu, timbul beberapa laporan palsu berkenaan letupan di ibu kota negara itu sebagai protes terhadap kerajaan.
Ia memaksa pengosongan bangunan-bangunan seperti mahkamah sejak beberapa minggu lalu.
#letupan #Montenegro #bom tangan