Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
DUNIA

Seorang wanita maut, lima cedera dalam insiden tembakan di Chicago

Bernama 11/08/2025 | 22:50 MYT
Wanita berusia 22 tahun dengan kesan tembakan di bahagian belakang disahkan meninggal dunia ketika di hospital. - Gambar hiasan
MOSCOW: Sekurang-kurangnya seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza selepas insiden tembakan di Chicago, lapor saluran American Broadcasting Company (ABC) pada Ahad, memetik kenyataan polis.

Menurut polis, kejadian berlaku pada pagi Ahad ketika satu perhimpunan besar di kawasan terbuka di Chicago's West Side.

Seorang wanita berusia 22 tahun ditemukan dengan kesan tembakan di bahagian belakang dan dibawa ke Hospital Mt. Sinai, Chicago, yang beliau disahkan meninggal dunia.

Daripada lima yang cedera, tiga dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Seorang lelaki berusia 18 tahun dirawat di lokasi kejadian akibat luka koyakan di lengan kiri, manakala seorang wanita berusia 29 tahun yang cedera di siku kanan akibat tembakan dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.

Polis berkata ia merupakan satu daripada tiga insiden tembakan yang berlaku di kawasan sama dalam tempoh kurang tiga jam. Siasatan berhubung motif penembak sedang dijalankan.

-- BERNAMA





#tembakan di Chicago #Chicago's West Side #meninggal dunia #kawasan terbuka