awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Bandung Barat meningkat kepada 56
LKM e-panggilan lebih fleksibel, kadar fi baharu ikut tempoh berkuat kuasa esok
Murid tahun enam, bapa saudara maut dalam kemalangan di Sri Aman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol bangunkan mekanisme khusus sekat akses media sosial remaja bawah 16 tahun

Bernama
Bernama
12/12/2025
09:47 MYT
Sepanyol bangunkan mekanisme khusus sekat akses media sosial remaja bawah 16 tahun
Kerajaan Sepanyol sedang menggubal rang undang-undang untuk menaikkan 'umur majoriti digital'. - Gambar hiasan/Reuters
MOSCOW: Kerajaan Sepanyol merancang melaksanakan mekanisme khusus bagi menyekat akses media sosial kepada pengguna berusia bawah 16 tahun, menurut Kementerian Transformasi Digital dan Perkhidmatan Awam Sepanyol.
"Kerajaan sedang menggubal rang undang-undang untuk menaikkan 'umur majoriti digital' bagi mengakses media sosial tanpa kebenaran ibu bapa daripada 14 kepada 16 tahun," menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pada Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Kenyataan itu menjelaskan bahawa susulan mesyuarat majlis penasihat antarabangsa mengenai kecerdasan buatan, Menteri Transformasi Digital Sepanyol Oscar Lopez mengumumkan bahawa Sepanyol menjadi antara negara pertama di Kesatuan Eropah (EU) yang mula menguji teknologi pengesahan umur.
Projek perintis negara itu sedang diuji oleh Suruhanjaya Eropah bersama tiga negara lain.
Selepas undang-undang dan mekanisme berkenaan diluluskan, sistem itu dijangka beroperasi pada 2026.
Pada 9 Dis, Australia melarang penggunaan platform media sosial termasuk Instagram, Facebook, Threads, Snapchat, TikTok, X, YouTube, Reddit, Kick dan Twitch bagi individu berusia bawah 16 tahun.
Syarikat media sosial yang gagal menutup akaun milik pengguna bawah 16 tahun berdepan denda sehingga A$49.5 juta (AS$32.9 juta).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja
#bawah umur
#media sosial
#had umur
#kawalan
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan