INTERNATIONAL
Sepanyol desak sekatan senjata antarabangsa terhadap Israel
Kerajaan Sepanyol kini merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza dalam kalangan negara Eropah. - Gambar/ AP
MADRID: Kerajaan Sepanyol menggesa sekatan senjata antarabangsa dikenakan ke atas kerajaan Israel bagi menamatkan perang dan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Ringkasan AI
"Kita semua mesti bersetuju untuk melaksanakan sekatan senjata secara bersama.
"Perkara terakhir yang diperlukan oleh Timur Tengah ketika ini ialah lebih banyak senjata," kata Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares kepada wartawan pada permulaan mesyuarat menteri-menteri Kumpulan Madrid di ibu negara Sepanyol pada Ahad.
Albares turut menggesa "penggantungan serta-merta" terhadap perjanjian kerjasama antara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel -- satu langkah yang kini sedang dipertimbangkan di Brussels -- serta pelaksanaan sekatan bersasar ke atas individu yang "menghalang penyelesaian dua negara".
Sekiranya perlu, sekatan juga harus dikenakan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, tegas Albares.
Albares berkata tiada alternatif lain selain penyelesaian dua negara bagi mencapai keamanan yang berkekalan dan adil di rantau itu.
Kerajaan Sepanyol kini merupakan antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza dalam kalangan negara Eropah.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Sepanyol menggesa sekatan senjata antarabangsa terhadap Israel untuk menghentikan perang dan krisis kemanusiaan di Gaza.
- Menteri Luar Sepanyol mencadangkan penggantungan perjanjian EU-Israel dan sekatan terhadap individu yang menghalang penyelesaian dua negara, termasuk kemungkinan terhadap Perdana Menteri Israel.
- Sepanyol menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil dan berkekalan di Timur Tengah.