awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sepanyol dilanda gelombang haba, suhu cecah 44 darjah Celsius

Bernama
Bernama
10/08/2023
08:50 MYT
Sepanyol dilanda gelombang haba, suhu cecah 44 darjah Celsius
Di Madrid, suhu menghampiri 40 darjah Celsius sebelum 7 malam dengan kebanyakan jalan lengang kerana orang ramai memenuhi pusat beli-belah yang berhawa dingin dan kolam renang awam. - Gambar/ Reuters
MADRID: Kemuncak gelombang haba keempat pada musim panas di Sepanyol menyebabkan penduduk tempatan dan pelancong menahan kepanasan dengan suhu mencecah 44 darjah Celsius pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Di Madrid, suhu menghampiri 40 darjah Celsius sebelum 7 malam (1700 GMT), kebanyakan jalan lengang kerana orang ramai memenuhi pusat beli-belah yang berhawa dingin dan kolam renang awam, lapor media.
Agensi perkhidmatan cuaca AEMET berkata gelombang haba dijangka berakhir pada Khamis atau sekurang-kurangnya sehingga Jumaat.
Di Sepanyol sistem peringkat amaran tahap haba mempunyai tiga peringkat iaitu oren, kuning dan merah. Tahap merah mewakili tahap paling teruk.
Suhu di destinasi pelancongan popular Ballermann yang terletak di Majorca dilaporkan tidak terlalu panas dengan suhu diramalkan 30 darjah Celsius.
Perkhidmatan cuaca telah memberi amaran tentang peningkatan risiko kebakaran hutan pada minggu ini, ditambah dengan kemarau yang berpanjangan dan angin kencang.
Namun, setakat ini tiada kebakaran besar dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sepanyol
#gelombang haba
#rekod suhu tertinggi
#panas melampau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan