DUNIA
Sepanyol rayu bantuan negara Eropah bendung kebakaran hutan yang kian merebak
Operasi pemadaman menjadi lebih mencabar berikutan tiupan angin kencang yang menyebarkan api dengan pantas. - Reuters.
LEON: Sepanyol memohon bantuan daripada negara-negara Eropah untuk menangani kebakaran hutan yang marak di wilayah Leon dan beberapa kawasan lain, ketika negara itu berdepan gelombang haba terpanjang dalam sejarahnya.
Menteri Dalam Negeri, Fernando Grande-Marlaska, berkata antara bantuan yang diminta ialah dua pesawat Canadair, seperti dilaporkan media tempatan.
Pesawat ini diperlukan bagi membantu memadamkan api di kawasan pergunungan dan pedalaman yang sukar dicapai.
Rakaman yang dikeluarkan oleh Unit Kecemasan Tentera Sepanyol (UME) pada 13 Ogos menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di kawasan pergunungan berhampiran Cabezabellosa di wilayah Caceres, serta di perkampungan Villamontan de la Valderna di Leon.
Di Villamontan de la Valderna, sebuah rumah musnah dijilat api, memaksa pasukan bomba menyiram air dari darat sambil dibantu helikopter yang melakukan pengeboman air dari udara.
Operasi pemadaman menjadi lebih mencabar berikutan tiupan angin kencang yang menyebarkan api dengan pantas.
Tragedi kebakaran ini turut meragut nyawa seorang anggota bomba sukarela akibat melecur teruk, manakala beberapa lagi rakan setugasnya dimasukkan ke hospital.
Agensi cuaca negara, AEMET, memberi amaran bahawa hampir seluruh Sepanyol berada pada tahap risiko kebakaran yang ekstrem atau sangat tinggi.
Amaran ini susulan gelombang haba yang telah memasuki hari ke-10 dengan suhu memuncak pada 12 Ogos lalu sehingga 45 darjah Celsius.
AEMET turut menjangkakan cuaca panas melampau ini akan berterusan sehingga 18 Ogos depan.