DUNIA
Sepanyol teruskan sekatan senjata, kekalkan tuduhan Israel lakukan genosid - PM Sanchez
"Keamanan tidak bermakna kita melupakan atau memberi keampunan," kata Pedro Sanchez. - Gambar AP
MADRID: Sepanyol mengekalkan tuduhan genosid terhadap Israel dan terus melaksanakan sekatan senjata walaupun gencatan senjata dicapai di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Keamanan tidak bermakna kita melupakan atau memberi keampunan," kata Perdana Menteri, Pedro Sanchez dalam satu wawancara bersama penyiar Cadena SER yang disiarkan pada Selasa.
Beliau berkata, mereka dalang utama terhadap genosid di Gaza perlu dibicarakan di mahkamah.
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid mentakrifkan genosid sebagai penganiayaan sengaja terhadap kumpulan manusia berdasarkan bahasa, agama atau tradisi, dengan tujuan untuk memusnahkan keseluruhan atau sebahagian kumpulan itu.
Sanchez menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Hamas sebagai satu peluang ke arah keamanan.
Namun, beliau menegaskan yang sekatan senjata Sepanyol terhadap Israel akan dikekalkan sehingga keamanan di Gaza benar-benar terjamin.
"Kita mesti kukuhkan gencatan senjata ini," katanya.
Sanchez menyertai sidang kemuncak keamanan di Mesir pada Isnin bersama lebih 20 pemimpin negara lain.
Pada sidang kemuncak itu, negara yang menjadi pengantara antara Israel dan Hamas menandatangani deklarasi bersama bagi mengukuhkan gencatan senjata yang telah dipersetujui.
Gencatan senjata itu berkuat kuasa sejak Jumaat lalu.
Pada Isnin, Israel membebaskan beberapa tahanan Palestin, manakala semua tawanan yang masih hidup di Gaza dibebaskan oleh Hamas.
Dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU), Sepanyol antara pengkritik paling lantang terhadap tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
Sekatan senjata itu, yang pada awalnya dilaksanakan melalui dekri dan kemudian diluluskan oleh parlimen, bertujuan menghentikan perdagangan senjata serta barangan dan teknologi dwi kegunaan yang boleh digunakan oleh tentera Israel.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini