DUNIA
Seramai 204 juta orang tinggal di kawasan dikuasai kumpulan bersenjata - Palang Merah
Penduduk dipindahkan dari el-Fasher dan ditempatkan di kem penempatan sementara, bagi mendapatkan perlindungan susulan pertempuran antara pasukan kerajaan dan RSF, di Tawila, wilayah Darfur, Sudan, 31 Okt 2025. (Foto AP/NRC)
GENEVA: Dianggarkan 204 juta orang di seluruh dunia kini tinggal di kawasan yang dikuasai atau menjadi rebutan kumpulan bersenjata, meningkat sebanyak 30 juta berbanding 2021, menurut dapatan baharu yang dikeluarkan pada Selasa oleh Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC).
Ringkasan AI
Daripada jumlah ini, 74 juta berada di bawah kawalan penuh kumpulan bersenjata, manakala 130 juta tinggal di kawasan yang menjadi rebutan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik kenyataan ICRC.
Pemetaan 2025 oleh organisasi itu mengenal pasti 383 kumpulan bersenjata yang menjadi kebimbangan dari segi kemanusiaan di lebih 60 negara.
Lebih satu pertiga daripadanya adalah pihak dalam konflik bersenjata dan tertakluk kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut ICRC, ia mengekalkan hubungan dengan kira-kira tiga perempat daripada kumpulan ini bagi merundingkan akses, menyalurkan bantuan dan mempromosikan perlindungan terhadap orang awam.
"Angka ini mengesahkan apa yang kami perhatikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini: kebanyakan kumpulan bersenjata bukanlah aktor sementara, tetapi telah berakar umbi di kawasan operasi mereka," kata Matthew Bamber-Zryd, penasihat ICRC mengenai kumpulan bersenjata.
"Rasa tidak selamat, sekatan antikeganasan dan sumber yang terhad bagaimanapun menghalang dialog berterusan.
"Menyedari realiti ini - siapa mengawal apa, untuk berapa lama dan kekangan yang kami hadapi - adalah penting untuk membolehkan kami sampai kepada penduduk yang tinggal di kawasan paling terjejas oleh keganasan," katanya.
Penyelidikan lapangan dari Cameroon, Iraq dan Filipina antara 2024 dan 2025 menyerlahkan kesukaran hidup harian di kawasan yang menjadi rebutan, di mana orang awam berhadapan perubahan pihak berkuasa dan kebimbangan terhadap tindakan balas.
Kegagalan perkhidmatan asas menambah risiko dan di banyak kawasan yang menajdi rebutan, sama ada pihak berkuasa negara mahupun kumpulan bersenjata tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan atau dokumentasi sivil yang boleh diharapkan, menurut ICRC.
Tanpa dokumen pengenalan, orang ramai sukar bergerak, mengakses perkhidmatan atau membuktikan identiti mereka, menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyalahgunaan dan pengasingan.
Akses kemanusiaan juga kekal mencabar walaupun banyak kumpulan bersenjata bersedia untuk bekerjasama.
Cabaran termasuk isu keselamatan, kekangan undang-undang dan sekatan pentadbiran yang dikenakan oleh kerajaan, katanya.
"Di banyak kawasan menjadi rebutan, runtuhnya perkhidmatan asas menyebabkan ramai terpaksa bergantung pada daya usaha sendiri dan rangkaian sosial untuk terus hidup," kata Arjun Claire, Penasihat Kanan Dasar ICRC.
"Negara dan kumpulan bersenjata tidak boleh meneruskan peperangan mereka dengan mengorbankan orang awam. Kawasan rebutan tidak bermakna kewajipan turut dipertikaikan - menguasai wilayah membawa tanggungjawab untuk melindungi penduduk di situ, bukan lesen untuk menyasarkan mereka," katanya.
Organisasi itu menggesa semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa, melindungi orang awam dan memudahkan akses kemanusiaan yang berkecuali.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- 204 juta orang tinggal di kawasan yang dikuasai atau menjadi rebutan kumpulan bersenjata, peningkatan sebanyak 30 juta berbanding 2021, menurut ICRC.
- Dapatan pemetaan 2025 oleh ICRC tunjukkan terdapat 383 kumpulan bersenjata yang menjadi risiko kemanusiaan di lebih 60 negara.
- Orang awam di kawasan rebutan menghadapi kesukaran hidup, disebabkan oleh kegagalan perkhidmatan asas, risiko tanpa dokumen pengenalan, dan cabaran akses kemanusiaan.