Serang gereja dengan pedang, penuntut ditembak

Astro Awani
Februari 11, 2018 12:47 MYT
Polis membuat siasatan di Gereja Katolik Lidwina, di Yogyakarta, lokasi serangan berlaku, 11 Feb, 2018. REUTERS
Seorang lelaki bersenjatakan pedang menyerang sebuah gereja yang sedang mengadakan upacara keagamaan di Yogjakarta pagi tadi, mengakibatkan empat cedera.
Penyerang yang dipercayai pelajar sebuah universiti tempatan kemudiannya ditembak polis dan kini ditahan.
Pihak polis masih lagi menyiasat motif di sebalik serangan sama ada ia berkaitan dengan keganasan atau tidak.
“Kami tidak dapat mengesahkan jika serangan berkaitan dengan keganasan dan hanya boleh mengesahkan suspek sudah ditahan dan sedang dirawat di hospital,” kata jurucakap polis.
Penyerang yang masih belum dikenalpasti identiti itu ditembak di perut manakala keadaan mangsa yang cedera belum diketahui.
#gereja #Hospital #Indonesia #Jakarta #keganasan #lelaki #pelajar #polis #serangan #suspek #yogjakarta