Skip to main content

Dunia

AS serang Iran malam ke-13 berturut-turut, Trump ancam lancar serangan lebih besar

[TB]_Middle East USA_X @CENTCOM
Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengumumkan peningkatan operasi ketenteraan terhadap Iran susulan kematian beberapa anggota tentera Amerika. - Gambar CENTCOM
Advertisement

WASHINGTON/TEHRAN: Amerika Syarikat (AS) meneruskan operasi ketenteraan terhadap Iran dengan melancarkan serangan untuk malam ke-13 berturut-turut.

Menurut Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) yang berpangkalan di Asia Barat, serangan terbaharu bermula pada jam 6.45 petang waktu Timur AS (22:45 GMT) pada Khamis.

Menurut CENTCOM, serangan tersebut menyasarkan aset ketenteraan Iran sebagai usaha untuk memastikan negara itu bertanggungjawab terhadap tindakannya, selain mengurangkan ancaman Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) terhadap laluan perkapalan komersial.

Sebelum ini, Presiden AS Donald Trump mengumumkan peningkatan operasi ketenteraan terhadap Iran susulan kematian beberapa anggota tentera Amerika.

Pada Khamis, Trump turut memberi amaran bahawa Iran dan sekutunya, kumpulan Houthi di Yaman, bakal berdepan "hukuman ketenteraan yang besar" selepas kumpulan itu menyerang dua kapal tangki minyak Arab Saudi di Laut Merah.

Trump berkata beliau sedang “mempertimbangkan serangan besar-besaran” yang disifatkannya sebagai “lebih besar daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini”.

“Saya hampir membuat keputusan. Kami sudah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakannya,” kata Trump.

Ancaman itu sekali lagi meningkatkan ketegangan dalam konfrontasi ketenteraan yang telah berlarutan selama beberapa minggu, dengan AS menyerang Iran selama 12 malam berturut-turut termasuk menyasarkan jambatan dan terowong, menurut laporan media Iran.

Konflik yang semakin meruncing itu juga hampir memusnahkan sepenuhnya perjanjian damai sementara yang dimeterai antara AS dan Iran bulan lalu.

Serangan tersebut dilihat memperluaskan konflik di Asia Barat ke satu lagi laluan perkapalan utama dunia. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement