DUNIA
AS serang tiga tapak nuklear Iran, Trump sifatkan serangan berjaya

Trump berkata "muatan penuh bom" telah digugurkan ke atas Fordo, dan semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang ke AS. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan.
Ringkasan AI
- AS lancar serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran - Fordo, Natanz dan Esfahan.
- Trump umum serangan berjaya dengan bom digugurkan ke Fordo; semua pesawat kini keluar dari ruang udara Iran.
- Serangan guna pengebom B-2 yang dihantar ke Guam, dilengkapi bom penembus kubu 13,000kg.
Beliau menambah bahawa "muatan penuh bom" telah digugurkan ke atas Fordo, dan semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang ke AS.
Sebelum itu, media antarabangsa melaporkan AS telah menghantar pesawat pengebom strategik B-2 ke Pulau Guam di Lautan Pasifik.
B-2 merupakan pesawat pengebom yang mampu membawa senjata pemusnah besar seperti GBU-57 Massive Ordnance Penetrator seberat 13,000 kilogram (kg) iaitu bom yang direka untuk memusnahkan sasaran bawah tanah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami