[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
DUNIA

AS serang tiga tapak nuklear Iran, Trump sifatkan serangan berjaya

Astro Awani 22/06/2025 | 00:15 MYT
Trump berkata "muatan penuh bom" telah digugurkan ke atas Fordo, dan semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang ke AS. - Foto AP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengumumkan Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordo, Natanz, dan Esfahan.

Ringkasan AI
  • AS lancar serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran - Fordo, Natanz dan Esfahan.
  • Trump umum serangan berjaya dengan bom digugurkan ke Fordo; semua pesawat kini keluar dari ruang udara Iran.
  • Serangan guna pengebom B-2 yang dihantar ke Guam, dilengkapi bom penembus kubu 13,000kg.

"Kami telah menyelesaikan serangan yang sangat berjaya ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz, dan Esfahan.
"Semua pesawat kini telah keluar dari ruang udara Iran," tulis Presiden AS itu dalam satu catatan di Truth Social, pada Sabtu.
Beliau menambah bahawa "muatan penuh bom" telah digugurkan ke atas Fordo, dan semua pesawat sedang dalam perjalanan pulang ke AS.
Sebelum itu, media antarabangsa melaporkan AS telah menghantar pesawat pengebom strategik B-2 ke Pulau Guam di Lautan Pasifik.
B-2 merupakan pesawat pengebom yang mampu membawa senjata pemusnah besar seperti GBU-57 Massive Ordnance Penetrator seberat 13,000 kilogram (kg) iaitu bom yang direka untuk memusnahkan sasaran bawah tanah.
#Donald Trump #Iran #tapak nuklear #Fordo