INTERNATIONAL

Serangan 20,000 lebah, penerbangan ditunda

Sinar Harian 27/09/2018 | 00:38 MYT
Lebah tersebut 'menyerang' dan memenuhi enjin pesawat dalam tempoh 25 minit. - Foto Twitter Mango Airlines
Sebuah penerbangan Mango Airlines di Durban terpaksa ditunda baru-baru ini gara-gara sekumpulan lebah telah masuk ke dalam enjin pesawat.
Dalam kejadian itu, pakar dipanggil untuk menggeluarkan kira-kira 20,000 lebah dari enjin pesawat berkenaan.
Menurut pihak berkuasa, ia adalah kejadian yang jarang-jarang berlaku.
Lebah tersebut 'menyerang' dan memenuhi enjin pesawat dalam tempoh 25 minit.
Mango Airlines melaporkan mengenainya dalam satu posting pada Rabu, menerusi akaun Twitter milik syarikat itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan itu, tiga penerbangan turut ditunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka, Durban.
"Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini dalam lapan tahun saya di industri penerbangan," ujar Jurucakap Mango Airlines, Sergio dos Santos kepada News24. - Agensi
#Durban #enjin #Johannesburg #Lapangan Terbang Antarabangsa King Shaka #lebah #Mango Airlines #penerbangan #pesawat #tunda