Serangan Barcelona: 4 penyerang mati, 1 parah dalam serbuan polis di Cambrils

Astro Awani
Ogos 18, 2017 01:06 MYT
Seorang jurucakap Catalan berkata polis berjaya membunuh empat penyerang di Cambrils, Sepanyol dalam satu operasi.
Polis Sepanyol dilapor berjaya membunuh empat penyerang di Cambrils, Sepanyol manakala seorang lagi mengalami cedera parah.
Operasi dijalankan susulan serangan van di Barcelona sehingga meragut 13 nyawa dan mencederakan 100 yang lain.
Angka kematian dijangka meningkat, kata pihak berkuasa Sepanyol.
BACA: Van rempuh orang ramai di Barcelona, 13 maut
BACA: Serangan Barcelona: Sepanyol berkabung tiga hari
#Catalan #operasi #penyerang #polis #sepanyol #serangan