awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Barcelona: Polis buru pemandu van

Astro Awani
Astro Awani
18/08/2017
03:46 MYT
Serangan Barcelona: Polis buru pemandu van
Pemandu van yang merempuh kawasan pejalan kaki di Las Ramblas iaitu salah sebuah lokasi tumpuan pelancong sedang diburu pihak polis.
Pemandu van yang merempuh kawasan pejalan kaki di Las Ramblas sehingga meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa sedang diburu polis Sepanyol.
Pihak berkuasa berkata jumlah kematian mungkin meningkat dalam situasi di mana lebih 100 orang cedera, dan beberapa lagi parah.
Difahamkan polis telah menahan dua lelaki, seorang warga Maghribi dan seorang lagi dari wilayah utara Sepanyol, walaupun mereka bukan suspek utama yang dicari.
Menurut saksi, penyerang melarikan diri dengan berjalan kaki, bagaimanapun masih tidak jelas berapa ramai yang terlibat dalam serangan itu.
Terdahulu, polis menembak mati empat penyerang dan mencederakan seorang daripada mereka.
Serangan pada Khamis ini adalah yang paling dahsyat di Sepanyol sejak Mac 2004 yang membabitkan satu letupan di Madrid yang membunuh 191 orang dan mencederakan lebih 1,800 orang.
Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy merujuk insiden ini sebagai "serangan militan' dan mengumumkan perkabungan negara selama tiga hari.
BACA: Van rempuh orang ramai di Barcelona, 13 maut
Topic Berkaitan
#polis
#sepanyol
#serangan pengganas
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan