Beberapa insiden pengeboman dan serangan di wilayah-wilayah di Selatan Thailand dalam tempoh 24 jam mungkin bermotifkan politik, kata Ketua Polis Thailand, Jen Chaktip Chaijinda hari ini.
Beliau berkata, kebanyakan wilayah selatan yang terjerumus dalam kancah keganasan menyokong draf perlembagaan semasa pungutan suara pada Ahad.
"Berdasarkan rancangan sabotaj dan pengalaman saya pada masa lepas, kawasan-kawasan yang menerima draf perlembagaan, kawasan-kawasan tersebut mungkin terdedah kepada tindakan ini. Jika melihat kepada tujuh wilayah yang insiden itu berlaku, apakah keputusan pengundian," katanya.
FOTO: Siri letupan bom gegarkan Thailand
Beliau berkata, oleh kerana insiden itu telah berlaku, pihak berkuasa harus mengambil tindakan undang-undang untuk memberkas pesalah.
Chaktip juga berkata, walaupun alat yang digunakan dalam serangan bom mempunyai persamaan ketara dengan alat yang digunakan oleh militan Thai di selatan, pihak berkuasa tidak dapat membuat kesimpulan dan perlu membuat siasatan lanjut.
Serangan bom dan perbuatan khianat di ketujuh-tujuh wilayah di selatan Thailand dalam tempoh 24 jam lepas menyebabkan empat orang maut dan 35 lagi cedera termasuk 10 pelancong asing, katanya.
Pada sidang media sebelumnya, Polis Thailand menyalahkan sabotaj sebagai punca insiden keganasan dan pengeboman dan menolak sebarang kaitan dengan keganasan antarabangsa.
Timbalan jurucakapnya, Mejar Jen Piyapan Piungmuang berkata insiden ini berbeza dengan keganasan. Ia insiden sabotaj di kawasan-kawasan tertentu. Tiada bukti unhtuk mengaitkannya dengan keganasan antarabangsa kerana Thailand tidak dilanda konflik perkauman atau agama.
Susulan insiden keganasan itu, Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan awam dan kawasan tumpuan pelancong termasuk lapangan terbang diperketatkan.
Beliau juga berikrar untuk memburu pelaku insiden tersebut.
Bernama
Fri Aug 12 2016
Polis Thailand menyalahkan sabotaj sebagai punca insiden keganasan dan pengeboman dan menolak sebarang kaitan dengan keganasan antarabangsa. - Foto AFP
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Negeri Washington siap siaga tempatkan Pengawal Kebangsaan menjelang pilihan raya
Satu peti undi awal dibakar di Vancouver, Washington, pada awal minggu ini, mengakibatkan ratusan kertas undi musnah.
Indonesia tingkatkan kawalan keselamatan menjelang pelantikan Presiden
Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah menggerakkan 100,000 anggota, termasuk tentera, polis dan anggota penguatkuasa wilayah.
APMM tambah aset, teknologi terkini tangani pencerobohan perairan negara
Strategi itu ialah langkah mitigasi yang dirancang oleh APMM dalam memastikan keselamatan sempadan perairan negara sentiasa terpelihara.
Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.
Final Piala FA JDT lawan Selangor, 2,400 anggota polis ditugaskan di SNBJ
Kira-kira 2,400 anggota polis ditugaskan pada perlawanan akhir bola sepak Piala FA membabitkan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Polis tingkat kawalan aksi Liga Super antara Perak, JDT esok
Seramai 500 pegawai dan anggota polis akan ditempatkan di Stadium Perak, Ipoh bagi memastikan perlawanan Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) malam esok berlangsung lancar.
Polis Thailand, Malaysia perkukuh kerjasama banteras jenayah rentas sempadan
Mesyuarat tahunan Thailand-Malaysia berfungsi sebagai platform untuk kedua-dua negara membincangkan pelbagai jenayah rentas sempadan.
Langkah keselamatan ketat dilaksana untuk pengebumian Ismail Haniyeh di Doha
Barisan panjang dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha pada waktu malam ketika orang ramai berkumpul untuk menghadiri pengebumian itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Kawalan balai, kawasan profil tinggi dipertingkat - KPN
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Selangor FC sediakan pengawal peribadi untuk isteri, anak Faisal Halim
Selangor FC mengambil inisiatif menyediakan pengawal keselamatan untuk isteri dan anak Faisal Halim sebagai langkah berjaga-jaga susulan insiden serangan asid terhadap pemain bola sepak itu pada Ahad.