DUNIA

Serangan bom Islamabad: Penyerang gagal masuk, letupan ragut 12 nyawa

Astro Awani 11/11/2025 | 11:00 MYT
Letupan berlaku ketika penyerang cuba masuk ke kawasan mahkamah tetapi gagal, lalu meletupkan bahan letupan berhampiran kenderaan polis di pintu masuk utama. -Foto Reuters
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 27 lagi cedera dalam serangan bunuh diri di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad pada Selasa, menurut Menteri Dalam Negeri Pakistan, Mohsin Naqvi.


Ringkasan AI
  • Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 27 cedera dalam serangan bunuh diri di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad.
  • Letupan berlaku ketika penyerang cuba masuk ke kawasan mahkamah tetapi gagal, lalu meletupkan bahan letupan berhampiran kenderaan polis di pintu masuk utama.
  • Kejadian mencetuskan panik di kawasan yang kerap dipadati dengan peguam, pengunjung, dan kakitangan kehakiman.


Letupan berlaku sekitar 12.39 tengah hari waktu tempatan apabila seorang penyerang cuba memasuki kawasan mahkamah tetapi gagal, lalu meletupkan bahan letupan berhampiran sebuah kenderaan polis di pintu masuk utama.

“Kami sedang menyiasat insiden ini dari pelbagai sudut. Ia bukan sekadar satu lagi pengeboman — ia berlaku di tengah-tengah ibu negara,” kata Mohsin Naqvi kepada media di lokasi kejadian.

Letupan mencetuskan panik di kawasan yang lazimnya sesak dengan peguam, pengunjung dan kakitangan kehakiman.

Pasukan keselamatan segera mengepung kawasan berkenaan manakala mangsa cedera dihantar ke Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS), dengan beberapa dilaporkan kritikal.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.

Pihak berkuasa belum mengesahkan motif serangan, namun siasatan forensik sedang dijalankan bagi mengenal pasti identiti penyerang dan jenis bahan letupan yang digunakan.

Insiden ini menimbulkan kebimbangan baharu terhadap keselamatan di ibu negara Pakistan, yang sebelum ini jarang menjadi sasaran serangan bunuh diri berbanding wilayah barat dan selatan negara itu.










Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Berapakah jumlah orang yang terbunuh dalam serangan di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad?
    A: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam serangan bunuh diri tersebut.
  • Q: Apa yang menyebabkan letupan berlaku di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad?
    A: Letupan berlaku apabila seorang penyerang mencuba memasuki kawasan mahkamah tetapi gagal, lalu meletupkan bahan letupan berhampiran sebuah kenderaan polis di pintu masuk utama.
  • Q: Di mana mangsa cedera dihantar untuk rawatan selepas serangan tersebut?
    A: Mangsa cedera dihantar ke Hospital Institut Sains Perubatan Pakistan (PIMS) untuk rawatan, dengan beberapa dilaporkan dalam keadaan kritikal.
  • Q: Apakah yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan serangan bunuh diri itu?
    A: Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan forensik bagi mengenal pasti identiti penyerang dan jenis bahan letupan yang digunakan dalam serangan tersebut.
  • Q: Adakah sebarang kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad?
    A: Sehingga kini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas serangan bunuh diri di luar Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad.



#Pakistan #serangan bunuh diri #Kompleks Mahkamah Daerah Islamabad #bahan letupan