Serangan Dhaka: Drama tebusan berakhir, enam lelaki ditembak mati

Agensi
Julai 2, 2016 04:54 MYT
Selain dari 13 tebusan berjaya diselamatkan, enam penyerang turut ditembak mati oleh anggota komando kumpulan elit. - Foto AP
Pasukan keselamatan Bangladesh mengakhiri drama tebusan di sebuah kafe di ibu kota Dhaka dengan menembak mati enam penyerang bersenjata yang menjadikan pengunjung sebagai tebusan sejak malam Jumaat (waktu tempatan), kata pegawai kerajaan.
“Operasi (menyelamat) telah tamat. Situasi kini terkawal,” jurucakap tentera, Kolonel Rashidul Hasan memaklumkan kepada AFP.
Sementara itu seorang komander pasukan elit gerak pantas Rapid Action Battalion yang menjalankan operasi menyerbu kafe terbabit memaklumkan beberapa kematian dilaporkan, termasuk enam penyerang bersenjata.
BACA: Tiada rakyat Malaysia terlibat - Wisma Putra
LAPOR LANGSUNG: Pasukan keselamatan serbu restoran untuk tamatkan krisis tebusan Dhaka
“Kami telah menembak mati enam pengganas. Kawasan yang dirampas mereka kini telah berjaya dikuasai semula,” kata Masud kepada saluran India's Times Now.
Menurut Masud lagi, 13 tebusan telah berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan.
“Tiga dari tebusan adalah warga asing. 10 lagi rakyat tempatan,” katanya.
#Bangladesh #daish #Dhaka #IS #tebusan