Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
DUNIA

Serangan dron Israel cederakan orang awam di selatan Gaza

Bernama 27/10/2025 | 12:00 MYT
Beberapa penduduk Palestin cedera akibat serangan dron Israel di selatan Gaza. - Foto REUTERS/Dawoud Abu Alkas
GAZA: Beberapa penduduk Palestin cedera akibat serangan dron Israel di selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Menurut sumber tempatan, satu dron Israel mengebom sekumpulan orang awam di kawasan Abasan al-Kabira, Khan Yunis, pada Isnin.

Mereka dilaporkan sedang memeriksa rumah masing-masing ketika serangan berlaku. Beberapa orang cedera, termasuk ada yang parah.

Rejim Zionis terus melepaskan tembakan mesingan berat secara berterusan dan intensif ke kawasan timur Khan Yunis.

Sementara itu, bot serangan Israel turut melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah Pantai Rafah.

--BERNAMA-WAFA






#serangan dron #Israel #orang awam #Gaza